Dragon United Ft secara rasminya di tubuhkan pada 15/02/2008~ Pasukan ini tidak mengamalkan sistem kutipan kepada semua pemain-pemain sebelum & selepas perlawanan,ini di taja sepenuhnya oleh Ketua Pasukan Dragon United Haji Din~

Saturday, 29 June 2013

Match 276 Vs Military Police

Date : 28/06/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 1 ] Military Police

Scorers : Haji Din [ 2 ] , Daniel , Arif & Hafiz

Kita rasa bersyukur kerana kita berjaya menewaskan mereka dengan margin jaringan yang besar.Walaupun kita kekurangan beberapa pemain namun kita berjaya menunjukkan permainan yang mantap dari awal permainan sehingga ke wisel penamat di tiupkan.

Tuesday, 25 June 2013

Match 275 Vs Collage Ft

Date : 23/06/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 2 ] Collage Ft

Scorers : Hafizan [ 2 ] , Mazlan [ 2 ] & Raymond

Perlawanan pertama kita bertemu dengan pasukan ini,kita berjaya menewaskan mereka walaupun keadaan padang kurang selesa semasa perlawanan di jalankan.Apa pun kita berjaya mengkekalkan rentak kemenangan kita dan sekaligus mengkekalkan rekod tanpa kalah kita.

Monday, 17 June 2013

Match 274 Vs Apex Ft

Date : 16/06/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 1 ] Apex Ft

Scorers : Syamim [ 2 ] , Sikin [ 2 ] & Hafizan

Ini adalah perlawanan pertama kita bersama mereka.Kita berjaya bermain dengan baik hampir keseluruhan permainan tadi,namun kita gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di drpan pintu gol untuk menambahkan jaringan.Kita berpuas hati dengan kejayaan kita dengan margin jaringan yang besar.

Sunday, 9 June 2013

Match 273 Vs MBS

Date : 07/06/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang Kompleks Sukan Berakas

Results : Mbs [ 1 ] - [ 1 ] Dragon United

Scorer : Hafizan

Kita berjaya mengutip 1 mata setelah seri dengan mereka,walaupun kita cuma cukup cukup pemain namun kita berjaya mengimbangi permainan mereka.Kita kurang bernasib baik untuk menewaskan mereka sekalipun kita memiliki banyak peluang di hadapan pintu goal.

Tuesday, 28 May 2013

Match 272 Vs Al-Idrus

Date : 26/05/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 3 ] Al-Idrus

Scorers : Mazlan , Sikin , Haji Din [ 2 ] & Daniel

Kita berjaya menjaringkan dua goal di dalam masa tambahan untuk mengutip 3 mata penuh setelah kita terikat 3-3 pada masa sebenar permainan.Kita berjaya melancarkan serangan bertali arus dari segenap sudut padang sehinggakan kita memperolehi goal kemenangan di saat saat akhir permainan.Syabas kerana kita menunjukkan permainan yang cukup baik tadi sekaligus berjaya mengkekalkan rentak kemenangan kita.

Monday, 20 May 2013

Match 271 Vs Pink Panther

Date : 19/05/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - [ 0 ] Pink Panther

Scorers : Mazlan & Syamim

Kita berjaya mengkekalkan rentak kemenangan kita pada perlawanan petang tadi.Kita gagal menambah jaringan di separuh masa yang kedua sekalipun kita berjaya mencipta banyak peluang namun kita tetap hampa dan berpuas hati dengan 3 mata penuh yang berjaya kita raih.

Sunday, 12 May 2013

Match 270 Vs Kg Sg Kelugos

Date : 10/05/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - Kg Sg Kelugos [ 0 ]

Scorers : Syamim [ 2 ] , Sufri , Haji Din & O.g

Perlawanan yang agak tegang tadi setelah pemain lawan memulakan permainan yang keras sehinggakan berlaku pertengkaran diatas padang.Walau bagaimana pun kita tetap juga berjaya menewaskan mereka.