Dragon United Ft secara rasminya di tubuhkan pada 15/02/2008~ Pasukan ini tidak mengamalkan sistem kutipan kepada semua pemain-pemain sebelum & selepas perlawanan,ini di taja sepenuhnya oleh Ketua Pasukan Dragon United Haji Din~

Saturday, 31 December 2011

Match 226 Vs Mpd

Date : 31/12/2011 Hari Sabtu

Venue : Padang Kebajikan Berakas

Results : Dragon United ( 4 ) - Mpd ( 5 )

Scorers : Sarin , Syamim , Sikin & Hafizan

Perlawanan penutup musim 2011 menyaksikan kita gagal memenangi perlawanan tadi sekalipun kita berjaya menguasai permainan.Apa pun kita terpaksa berpuas hati dengan jari yang kita hasilkan.

Sunday, 25 December 2011

Merry Christmas !!

Ucapan Kristmas ini khas di tujukan kepada pemain-pemain Dragon United iairu :
Raymond Chin , Reynold Chin , Elisa Sabtu , Daniel Tanggiling , Mazlan Pedian & Andyrian Pedian.
Dengan ucapan selamat berhari raya dan semoga raya kamu tahun 2011 ini penuh makna di samping keluarga tersayang dan teman-teman seperjuangan.Ikhlas dari Haji Din & pemain-pemain yang lain.

Selamat Pulang Ke Tanah Air

Di ucapkan selamat pulang ke tanah air kepada pemain kita iaitu Reynold Chin & Mohammad Syamim yang telah pun berada di luar negeri selama 2 [ DUA ] & 4 [ EMPAT ] bulan iaitu di Singapore & Selatan Thailand.

Friday, 9 December 2011

Match 225 Vs Pondok 12

Date : 09/12/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 2 ) - Pondok 12 ( 2 )

Scorers : Andy & Haji Din

Kita berjaya mengutip 1 mata pada perlawanan ini setelah kita berjaya bangkit sebanyak 2 kali untuk menyamakan kedudukan menjadi 2-2.Walaupun pada mulanya kita kekurangan pemain namun kita berjaya mengimbangi permain sehingga ke wisel penamat.

Sunday, 4 December 2011

Match 224 Vs Bkn

Date : 04/12/2001 Hari Ahad

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United ( 1 ) - BKN ( 1 )

Scorer : Mazlan

Perlawanan tadi agak seimbang dari permulaan sehingga ke akhirnya,namun kita gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang untuk menjaringkan lebih banyak gaol.kita terpaksa berpuas hati dengan mengutip 1 mata tadi.

Sunday, 27 November 2011

Match223 Vs Medical Department

Date : 27/11/2011 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 1 ) - Medical Department ( 2 )

Scorer : Haji Din

Kita kurang bernasib baik pada perlawanan tadi,walaupun kita berjaya memperolehi banyak peluang namun kita gagal menjaringkan gol.Apapun kita akan terus berusaha di perlawanan yang akan datang sebelum musim 2011 melabuhkan tirainya pada bulan depan.

Friday, 18 November 2011

Match 222 Vs Team Jururawat

Date : 18/11/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 2 ) - Team Jururawat ( 3 )

Scorers : Haji Din & Mazlan

Perlawanan tadi agak seimbang,namun nasib tidak menyebelahi kita untuk menjaringkan goal sekalipun kita banyak memperolehi peluang yang terhidang.Apapun kita akan tetap terus berusaha di perlawanan yang akan datang.

Sunday, 13 November 2011

Match 221 Vs Kdn

Date : 13/11/2011 Hari Ahad

Venue : Padang Maktab Duli Gadong

Results : Dragon United ( 0 ) - Bkn ( 2 )

Perlawanan tadi agak seimbang,namun kita tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol walaupun kita mempunyai peluang yang cukup banyak.Perlawanan agak perlahan setelah hampir keseluruhan permain tadi dalam keadaan hujan yang lebat dan permukaan padang yang agak becak.

Friday, 11 November 2011

Match 220 Vs Jpm Office

Date : 11/11/11 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 3 ) - Jpm Office ( 1 )

Scorers : Sikin , Daniel & Yusrin

Ini adalah kemenangan kedua kita bertemu dengan mereka.Kita berjaya mendomonasi permainan namun kita gagal memenfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan pintu goal.Apa pun syabas di ucapkan.

Thursday, 3 November 2011

Match 219 Vs Xbt

Date : 03/11/2011 Hari Khamis

Venue : Padang 'B" Ubd

Results : Xbt ( 2 ) - Dragon United ( 2 )

Scorers : Sikin & Haji Din

Syabas kerana kita berjaya mengutip 1 mata pada perlawanan petang tadi.Walaupun pada separuh masa yang pertama kita ketinggalan dengan 2-0,namun pada separuh masa yamg kedua kita berjaya bangkit dan seterusnya berjaya menyamakan kedudukan di minit-minit akhir permainan.

Sunday, 30 October 2011

Match 218 Vs Pejabat Jpm

Date : 30/10/2011 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 3 ) - Pejabat Jpm ( 2 )

Scorers : Daniel & Haji Din ( 2 )

Tahniah kepada Ketua Pasukan Dragon United yang telah pun berjaya menjaringkan goalnya ke 200 pada perlawan petang tadi selepas 3 [ TIGA ] tahun pasukan ini di tubuhkan.Ini adalah perlawanan pertama kita bersama mereka dan kita berjaya mengutip 3 [ TIGA ] mata penuh.Perlawanan akan di sambung pada 11/11/2011 bagi menghormati dan menyambut Hari Raya Aidil Adaha 1432 H.

Friday, 28 October 2011

Match 217 Vs Officer Team

Date : 28/10/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 1 ) - Officer Team ( 2 )

Scorer : Haji Din

Kita terpaksa akur dengan kekalahan tipis kita di tangan mereka tadi.Pada separuh masa pertama kita gagal menunjukkan permainan yang baik namun di separuh masa yang kedua kita berjaya mendominasi permainan cuma nasib tidak menyebelahi kita untuk terus memburu jaringan kemenangan.

Friday, 21 October 2011

Match 216 Vs Family 69

Date : 21/10/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 0 ) - Family 69 ( 2 )

Perlawanan tadi agak seimbang namun nasib tidak menyebelahi kita untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan mereka.Apa pun pada perlawanan akan datang di harapkan semua pemain utama kita akan dapat hadir memandangkan pada perlawanan selepas Hari Raya ini banyak pemain kita tidak dapat bermain khususnya di bahagian Pertahanan.

Sunday, 16 October 2011

Match 215 Vs Arsenal Fans

Date : 16/10/2011 Hari Ahad

Venue : Padang Maktab Duli Gadong

Results : Dragon United ( 2 ) - Arsenal Fans ( 1 )

Scorers : Raymond & Hafizan

Syabas kerana kita berjaya memenangi perlawanan timbal balik dengan mereka,walaupun kita gagal memanfaatkan peluang yang terhidang namun kita berjaya juga menewaskan mereka.

Friday, 14 October 2011

Match 214 Vs Arsenal Fans

Date : 14/10/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 5 ) - Arsenal Fans ( 2 )

Scorers : Raymond , Mazlan , Yusrin & Haji Din ( 2 )

Ini adalah kemenangan kita selepas 5 [ LIMA ] perlawanan kita selepas Sambutan Hari Raya AidilFitri.Walaupun kita kita bermain baik namun kita gagal untuk berpesta jaringan,apa pun syabas keranan kita berjaya mengutip 3 [ TIGA ] mata penuh tadi.

Sunday, 9 October 2011

Match 213 Vs Tanka Fc

Date : 09/10/2011 Hari Ahad

Venue : Padang Maktab Duli Gadong

Results : Dragon United ( 1 ) - Tanka Fc ( 4 )

Scorer : Mazlan

Setelah kita mengharungi 4 [ EMPAT ] perlawanan selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri kita masih gagal bermain dengan baik sekaligus memenangi permainan memandangkan kita kerap kali kekurangan pemain.Di harapkan pada perlawanan seterusnya kita akan berjaya menebus kehampaan kita sepanjang 4 [ EMPAT ] perlawanan yang lalu.

Sunday, 2 October 2011

Selamat Belayar..

Selamat belayar di ucapkan kepada pemain Tengah kita Reynold Chin yang akan menjalani kerusus asas di Singapore selama 9 bulan yang akan berakhir pada bulan Julai 2012 nanti dengan ucapan semoga berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.Di doakan semoga sentiasa berada di dalam keadaan yang sehat2 selalu dan tabah di dalam menempuh apa jua halangan dan rintangan yang bakal di hadapi ikhlas dari Team Captain Haji Din & Rakan2 Team Dragon United Ft.

Selamat belayar juga di ucapkan kepada pemain Pertahanan kita Nazmi Nasruddin yang melanjutkan pelajarannya di United Kingdom selama 1 Tahun semoga berjaya di dalam bidang pelajaran yang di ceburi dan berjaya memperolehi keputusan yang terbaik.InsyaAllah,ikhlas dari Team Captain Haji Din & Rakan2 Team Dragon United Ft.

Friday, 30 September 2011

Match 212 Vs Dragon Team

Date : 30/09/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon U nited ( 1 ) - Dragon Team ( 3 )

Scorer : Yusrin

Perlawanan tadi agak seimbang,namun nasib tidak menyebelahi kita untuk memenanginya.Kita berjaya mendominasi permainan namun kita tetap gagal untuk memanfaatkan peluang yang terhidang sekalipun kita memiliki lebih banyak peluang dari pasukan lawan.

Friday, 23 September 2011

Match 211 Vs Peminat Arsenal

Date : 23/09/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United (4) - Peminat Arsenal (4)

Scorers : Haji Din (2) , Elisa & Hafizan

Permainan tadi agak seimbang walaupun kita berjaya mendominasi hampir seluruh permainan namun nasib tidak menyebelahi kita untuk mengutip 3 mata penuh.Walau apa pun kita akan terus berusaha di perlawanan akan datang bagi memenangi setiap perlawanan.

Sunday, 18 September 2011

Match 210 Vs Tanka Fc

Date : 18/09/2011 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United (1) - Tanka Fc (3)

Scorer : Haji Din

Ini adalah perlawanan pertama kita bagi baki musim 2011 ini.Kita berjaya juga bermain dengan baik walaupun kita kekurangan pemain tadi.Apa pun syabas di ucapkan kerana kita bermain dengan baik sehingga kewisel penamat sekalipun kita tewas kepada mereka.

Monday, 12 September 2011

Assalamualaikum

Adalah dengan ini di maklumkan kepada semua pemain2 Dragon United Ft yang mana pada 15/09/2011 ini akan di adakan Majlis Rumah Terbuka & Ramah Mesra Hari Raya AidilFitri 2011 yang akan di anjurkan oleh Haji Din bertempat di rumah beliau bermula dari jam 6:00 petang hingga jam 12 pagi,namun bagi semua pemain2 adalah di galakkan untuk datang jam 6:00 petang hingga ke jam 8:00 malam bagi mengelakkan kesesakan.Sekian terima kasih.

Semantara itu perlawanan bagi menghadapi baki dalam musim 2011 ini akan bermula pada 18/09/2011 hari ahad bertempat di padang 'B' Ubd,adalah di harapkan kepada semua pemain2 akan dapat memulakan permainan kita seperti biasa selepas kita berhenti rehat selama 45 hari bagi menghormati Bulan Ramadhan & sambutan Hari Raya AidilFitri 1432H.

Tuesday, 30 August 2011

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pemain-pemain Dragon United.Semoga hari raya tahun ini akan dapat membahagiakan kita semua dan seandainya ada salah dan tersilap kata harap di maafkan ikhlas dari Haji Din~

Monday, 8 August 2011

Assalamualaikum..

Pada 09/08/2011 Hari Selasa,sukacita dimaklumkan kepada semua pemain2 Dragon United Ft yang ada kelapangan masa pada esuk hari supaya akan dapat menghadirkan diri masing2 untuk majlis berbuka puasa buffet yang di anjurkan oleh Ketua Pasukan Dragon United Ft bertempat di Restaurant Nurizna Di Bangunan Pengakap Beribi Gadong bermula jam 6:00 Petang.Semua adalah di persilakan hadir bagi memenuhi booking yang telahpun di buat.Sekian Terima Kasih.

Friday, 5 August 2011

Selamat Belayar

Assalamualaikum di ucapkan kepada pemain kita jersi no 7 Mohammad Syamim Bin Mohd Mahmud yang akan menyambung pelajarannya di Selatan Thailand di Wilayah Petani & Naratiwath selama 4 [ EMPAT ] bulan mulai dari 06/08/2011 hingga 10/12/2011. Saya dengan penuh ikhlas mengucapkan selamat belayar dan semoga kau sehat-sehat selalu dan dapat menunpukan pelajaran mu walaupun tidak berpuasa dan berhari raya bersama keluarga,ku doakan kau berjaya Amin~ Jaga diri mu baik-baik di sana ah.Ikhlas dari pemain-pemain Dragon United Ft~

Wednesday, 3 August 2011

Assalamualaikum.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa Bulan Ramadhan kepada semua pemain-pemain Dragon United yang beragama Islam. Semoga dengan kedatangan Ramadhan 1432H ini akan memberikan ketenangan di dalam diri masing-masing dalam menempuhi ibadah puasa,semoga puasa kita semua akan di terima oleh Allah Swt jua Amin.

Assalamualaikum...

Adalah dengan ini di maklumkan kepada semua pemain2 Dragon United,bahawa blog team kita yang lepas telah pun kena keluarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Namun ini adalah merupakan blog baru pasukan kita,namun semua yang terkandung di dalam blog asal kita adalah sama seperti yang tersiar di dalam blog yang baru ini.Semua jadual terkini akan di kemas kinikan di ruang yang telah pun di sediakan.Sekian.