Dragon United Ft secara rasminya di tubuhkan pada 15/02/2008~ Pasukan ini tidak mengamalkan sistem kutipan kepada semua pemain-pemain sebelum & selepas perlawanan,ini di taja sepenuhnya oleh Ketua Pasukan Dragon United Haji Din~

Sunday, 30 October 2011

Match 218 Vs Pejabat Jpm

Date : 30/10/2011 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 3 ) - Pejabat Jpm ( 2 )

Scorers : Daniel & Haji Din ( 2 )

Tahniah kepada Ketua Pasukan Dragon United yang telah pun berjaya menjaringkan goalnya ke 200 pada perlawan petang tadi selepas 3 [ TIGA ] tahun pasukan ini di tubuhkan.Ini adalah perlawanan pertama kita bersama mereka dan kita berjaya mengutip 3 [ TIGA ] mata penuh.Perlawanan akan di sambung pada 11/11/2011 bagi menghormati dan menyambut Hari Raya Aidil Adaha 1432 H.

Friday, 28 October 2011

Match 217 Vs Officer Team

Date : 28/10/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 1 ) - Officer Team ( 2 )

Scorer : Haji Din

Kita terpaksa akur dengan kekalahan tipis kita di tangan mereka tadi.Pada separuh masa pertama kita gagal menunjukkan permainan yang baik namun di separuh masa yang kedua kita berjaya mendominasi permainan cuma nasib tidak menyebelahi kita untuk terus memburu jaringan kemenangan.

Friday, 21 October 2011

Match 216 Vs Family 69

Date : 21/10/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 0 ) - Family 69 ( 2 )

Perlawanan tadi agak seimbang namun nasib tidak menyebelahi kita untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan mereka.Apa pun pada perlawanan akan datang di harapkan semua pemain utama kita akan dapat hadir memandangkan pada perlawanan selepas Hari Raya ini banyak pemain kita tidak dapat bermain khususnya di bahagian Pertahanan.

Sunday, 16 October 2011

Match 215 Vs Arsenal Fans

Date : 16/10/2011 Hari Ahad

Venue : Padang Maktab Duli Gadong

Results : Dragon United ( 2 ) - Arsenal Fans ( 1 )

Scorers : Raymond & Hafizan

Syabas kerana kita berjaya memenangi perlawanan timbal balik dengan mereka,walaupun kita gagal memanfaatkan peluang yang terhidang namun kita berjaya juga menewaskan mereka.

Friday, 14 October 2011

Match 214 Vs Arsenal Fans

Date : 14/10/2011 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United ( 5 ) - Arsenal Fans ( 2 )

Scorers : Raymond , Mazlan , Yusrin & Haji Din ( 2 )

Ini adalah kemenangan kita selepas 5 [ LIMA ] perlawanan kita selepas Sambutan Hari Raya AidilFitri.Walaupun kita kita bermain baik namun kita gagal untuk berpesta jaringan,apa pun syabas keranan kita berjaya mengutip 3 [ TIGA ] mata penuh tadi.

Sunday, 9 October 2011

Match 213 Vs Tanka Fc

Date : 09/10/2011 Hari Ahad

Venue : Padang Maktab Duli Gadong

Results : Dragon United ( 1 ) - Tanka Fc ( 4 )

Scorer : Mazlan

Setelah kita mengharungi 4 [ EMPAT ] perlawanan selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri kita masih gagal bermain dengan baik sekaligus memenangi permainan memandangkan kita kerap kali kekurangan pemain.Di harapkan pada perlawanan seterusnya kita akan berjaya menebus kehampaan kita sepanjang 4 [ EMPAT ] perlawanan yang lalu.

Sunday, 2 October 2011

Selamat Belayar..

Selamat belayar di ucapkan kepada pemain Tengah kita Reynold Chin yang akan menjalani kerusus asas di Singapore selama 9 bulan yang akan berakhir pada bulan Julai 2012 nanti dengan ucapan semoga berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.Di doakan semoga sentiasa berada di dalam keadaan yang sehat2 selalu dan tabah di dalam menempuh apa jua halangan dan rintangan yang bakal di hadapi ikhlas dari Team Captain Haji Din & Rakan2 Team Dragon United Ft.

Selamat belayar juga di ucapkan kepada pemain Pertahanan kita Nazmi Nasruddin yang melanjutkan pelajarannya di United Kingdom selama 1 Tahun semoga berjaya di dalam bidang pelajaran yang di ceburi dan berjaya memperolehi keputusan yang terbaik.InsyaAllah,ikhlas dari Team Captain Haji Din & Rakan2 Team Dragon United Ft.