Dragon United Ft secara rasminya di tubuhkan pada 15/02/2008~ Pasukan ini tidak mengamalkan sistem kutipan kepada semua pemain-pemain sebelum & selepas perlawanan,ini di taja sepenuhnya oleh Ketua Pasukan Dragon United Haji Din~

Saturday, 29 June 2013

Match 276 Vs Military Police

Date : 28/06/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 1 ] Military Police

Scorers : Haji Din [ 2 ] , Daniel , Arif & Hafiz

Kita rasa bersyukur kerana kita berjaya menewaskan mereka dengan margin jaringan yang besar.Walaupun kita kekurangan beberapa pemain namun kita berjaya menunjukkan permainan yang mantap dari awal permainan sehingga ke wisel penamat di tiupkan.

Tuesday, 25 June 2013

Match 275 Vs Collage Ft

Date : 23/06/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 2 ] Collage Ft

Scorers : Hafizan [ 2 ] , Mazlan [ 2 ] & Raymond

Perlawanan pertama kita bertemu dengan pasukan ini,kita berjaya menewaskan mereka walaupun keadaan padang kurang selesa semasa perlawanan di jalankan.Apa pun kita berjaya mengkekalkan rentak kemenangan kita dan sekaligus mengkekalkan rekod tanpa kalah kita.

Monday, 17 June 2013

Match 274 Vs Apex Ft

Date : 16/06/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 1 ] Apex Ft

Scorers : Syamim [ 2 ] , Sikin [ 2 ] & Hafizan

Ini adalah perlawanan pertama kita bersama mereka.Kita berjaya bermain dengan baik hampir keseluruhan permainan tadi,namun kita gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di drpan pintu gol untuk menambahkan jaringan.Kita berpuas hati dengan kejayaan kita dengan margin jaringan yang besar.

Sunday, 9 June 2013

Match 273 Vs MBS

Date : 07/06/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang Kompleks Sukan Berakas

Results : Mbs [ 1 ] - [ 1 ] Dragon United

Scorer : Hafizan

Kita berjaya mengutip 1 mata setelah seri dengan mereka,walaupun kita cuma cukup cukup pemain namun kita berjaya mengimbangi permainan mereka.Kita kurang bernasib baik untuk menewaskan mereka sekalipun kita memiliki banyak peluang di hadapan pintu goal.

Tuesday, 28 May 2013

Match 272 Vs Al-Idrus

Date : 26/05/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - [ 3 ] Al-Idrus

Scorers : Mazlan , Sikin , Haji Din [ 2 ] & Daniel

Kita berjaya menjaringkan dua goal di dalam masa tambahan untuk mengutip 3 mata penuh setelah kita terikat 3-3 pada masa sebenar permainan.Kita berjaya melancarkan serangan bertali arus dari segenap sudut padang sehinggakan kita memperolehi goal kemenangan di saat saat akhir permainan.Syabas kerana kita menunjukkan permainan yang cukup baik tadi sekaligus berjaya mengkekalkan rentak kemenangan kita.

Monday, 20 May 2013

Match 271 Vs Pink Panther

Date : 19/05/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - [ 0 ] Pink Panther

Scorers : Mazlan & Syamim

Kita berjaya mengkekalkan rentak kemenangan kita pada perlawanan petang tadi.Kita gagal menambah jaringan di separuh masa yang kedua sekalipun kita berjaya mencipta banyak peluang namun kita tetap hampa dan berpuas hati dengan 3 mata penuh yang berjaya kita raih.

Sunday, 12 May 2013

Match 270 Vs Kg Sg Kelugos

Date : 10/05/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - Kg Sg Kelugos [ 0 ]

Scorers : Syamim [ 2 ] , Sufri , Haji Din & O.g

Perlawanan yang agak tegang tadi setelah pemain lawan memulakan permainan yang keras sehinggakan berlaku pertengkaran diatas padang.Walau bagaimana pun kita tetap juga berjaya menewaskan mereka.

Saturday, 4 May 2013

Match 269 Vs Non Star Rimba

Date : 03/05/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 6 ] - Non Star Rimba [ 1 ]

Scorers : Haji Din , Daniel ,Syamim [ 2 ] , Waie & Hafiz

Kita berjaya menewaskan mereka dengan jaringan yang besar sekaligus kita berjaya menebus kekalahan kita kepada mereka pada perlawanan yang lalu.Kita berharap akan dapat meneruskan kecemerlangan kita di perlawanan berikutnya nanti.

Tuesday, 30 April 2013

Match 268 Vs Dragon Team

Date : 28/04/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 4 ] - Dragon Team [ 2 ]

Scorers : Syamim , Raymond , Mazlan & Fadli

Ini adalah kemenangan yang ketujuh berturut -turut yang kita raih.Kita berjaya bangkit di separuh masa yang kedua untuk menewaskan mereka setelah kita ketinggalan dengan jaringan 2-0 di separuh masa yang pertama.Kita akan berusaha sebaik yang mungkin bagi mengkekalkan momentum kemenangan kita di perlawanan yang akan datang.

Friday, 26 April 2013

Match 267 Vs MBS United

Date : 21/04/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - MBS United [ 1 ]

Scorers : Sikin , Haji Din , Mazlan [ 2 ] & Elisa

Ini adalah perlawanan kali yang kedua kita bersama mereka.Kali ini kita berjaya menewaskan mereka dengan jaringan yang sama sewaktu pertemuan kita yang pertama tempoh hari dan apa yang di harapkan kita akan dapat meneruskan momentum kemenangan kita di perlawanan yang akan datang.

Sunday, 14 April 2013

Match 266 Vs Pertanian Wasan

Date : 12/04/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 4 ] - Pertanian Wasan [ 2 ]

Scorers : Syamim , Hafizan [ 2 ] & Daniel

Kita berjaya mengekekalkan rentak kemenangan kita bertemu dengan pasukan dari Pertanian dan kali ini dari pasukan Pertanian wasan.Kita berjaya mengawal permain,namun perlawanan berakhir dengan 2-2 di separuh masa yang pertama dan kita berjaya menjaringkan dua gol lagi di separuh masa yang kedua sekaligus berjaya mengutip 3 mata penuh.

Saturday, 6 April 2013

Match 265 Vs MBS United

Date : 5/04/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang B Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - MBS United [ 1 ]

Scorers : Syamim [ 3 ] , Hafizan & Sufri

Ini adalah merupakan kemenangan kita kali yang keempat berturut turut di dalam perlawanan yang kita lalui.Kita berjaya menewaskan mereka,sekalipun ini adalah kali pertama kita bertemu mereka.Kita berjaya bermain dengan baik namun kita gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang.Kita mampu menewaskan mereka dengan jaringan yang lebih besar seandainya semua peluang kita terjemahkan dengan jaringan.

Friday, 29 March 2013

Match 264 Ve Dragon Team

Date : 29/03/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang B ubd

Results : Dragon United [ 4 ] - Dragon Team [ 2 ]

Scorers : Duan , Mazlan & Haji Din [ 2 ]

Perlawanan pertama kita dengan mereka selepas december 2010,kita berjaya menebus kekalahan kita kepada mereka petang tadi.Walaupun kita kekurangan pemain namun kita berjaya menunjukkan permainan yang cukup baik dan seterusnya menewaskan mereka.

Friday, 15 March 2013

Match 263 Vs Bersatu Ft

Date : 15/03/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 4 ] - Bersatu Ft [ 3 ]

Scorers : Mazlan [ 3 ] & Hafizan

Kita bermain baik petang tadi walaupun pada satu ketika kita ketinggalan 1-3 namun kita bangkit untuk menyamakan kedudukan kepada 3-3.Kita berjaya menjaringkan goal kemenangan kita pada separuh masa yang kedua.

Sunday, 10 March 2013

Match 262 Vs Jabatan Pertanian

Date : 08/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 6 ] - Jabatan Pertanian [ 1 ]

Scorers : Sikin , Mazlan [ 2 ] , Syamim , Raymond & Haji Din

Walaupun kita bermain cuma 11 orang tadi,namun kita berjaya menunjukkan mutu permainan yang menarik sekalipun kita ketinggalan jaringan,namun kita berjaya bangkit untuk mendahului mereka 2-1 di separuh masa yang pertama.Kita berjaya menambah 4 jaringan lagi di separuh masa yang kedua.Ini adalah kali yang pertama kita bertemu dengan mereka.

Tuesday, 5 March 2013

Match 261 Vs Ent

Date : 03/03/2013 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Ent [ 3 ]

Scorer : Mazlan [ 2 ]

Kita terpaksa akur dengan kekalahan kita tadi.Kita gagal bermain dengan baik kerana kekurangan pemain.Walauapa pun kita akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu permainan kita di perlawanan yang akan datang.

Monday, 25 February 2013

Match 260 Vs Kg Bolkiah B

Date : 24/02/2013 Hari Ahad

Venue : Padang B Ubd

Results : Dragon United [ 3 ] - Kg Bolkiah B [ 9 ]

Scorers : Haji Din , Yusri & Elisa

Kita terpaksa akur dengan kekalahan besar kita petang ini,walaupun kita berjaya mengimbangi permainan namun kelemahan kita jelas terserlah di bahagian pertahanan,memandangkan majoriti pemain utama kita tidak bermain tadi.apa pun kita berjaya juga membolosi mereka.

Saturday, 16 February 2013

Match 259 Piala Sumbangsih

Date : 15/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang Kompleks Sukan Berakas

Results : Dws [ 2 ] - Dragon United [ 4 ]

Scorers : Yusri , Sikin & Haji Din [ 2 ]

Tahnian dan Syabas di ucapkan kepada semua Pemain pemain Pasukan Dragon United yang berjaya Menjuarai Piala Sumbangsih kali ke 3 bagi Muim tahun 2012.Kita berjaya bermain dengan begitu baik pada perlawanan malam tadi dan sekaligus kita berjaya memenanginya.Pada mulanya kita bermain berhati hati sehinggakan mereka berjaya membolosi kita di separuh masa yang pertama,namun kita berjaya bangkit untuk menjaringkan 2 goal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.Separuh masa kedua kita berjaya menjaringkan 2 lagi goal yang menjadikan kedudukan muktamad kepada 4-2 walaupun satu ketika mereka berjaya merapkan jurang goal kepada 3-2,namun kita berjaya membolosi gawang mereka di minit minit akhir untuk menewaskan mereka dengan jaringan 4-2.

Ulang Tahun Penubuhan yang ke 5 Tahun 2013

Pada hari ini 15/02/2013 genaplah 5 tahun penubuhan Pasukan Bolasepak Dragon United.Dalam masa tempoh 5 tahun ini,kita berjaya mengharungi beberapa perlawanan persahabatan dan berjaya menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali atas anjuran Jabatan Perkhidmatan Air Tasek Lama dan menjuarai Piala Dragon United.Saya berharap Pasukan kita kan terus berkekalan dan akan bertambah maju jaya lagi di masa yang kan datang.Ikhlas daripada ketua pasukan Dragon United Haji Din.

Saturday, 9 February 2013

Match 258 Vs Non Star Rimba

Date : 08/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Non Star Rimba [ 3 ]

Scorers : Haji Din & Syamim

Kita tidak bernasib baik pada perlawanan petang tadi walaupun kita banyak mencipta peluang namun kita gagal merealisasikan dengan jaringan.Apa pun kita berjaya menunjukkan permainan yang baik tadi walaupun kita tewas tipis.

Tuesday, 5 February 2013

Match 257 Vs HMZ FT

Date : 03/02/2013 Hari Ahad

Venue : Padang ' B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - HMZ FT [ 1 ]

Scorers : Sikin [ 2 ] , Syamim , Hafizan & Suhib

Kemenangan yang cukup meyakinkan kita pada perlawanan petang tadi.Kita berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan namun kita gagal untuk menambahkan jaringan di separuh masa yang kedua.Apa pun kita berjaya juga mengutip 3 mata penuh.

Friday, 1 February 2013

Match 256 Vs Sporting Ft

Date : 01/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Sporting Ft [ 4 ]

Scorers : Hafizan & Haji Din

Perlawanan petang ini cukup menarik walaupun kita tewas kepada mereka.ini adalah kali pertama kita bertemu dengan mereka.Kita berjaya memberikan saingan sepenuhnya dari awal permainan hingga ke wisel penamat.

Sunday, 20 January 2013

Match 255 Vs Reaper fc

Date : 18/01/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 1 ] - Reaper Fc [ 4 ]

Scorer : Haji Din

Perlawanan petang tadi agak seimbang.Kita gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan pintu gol namun kita berjaya juga menunjukkan permainan yang baik walaupun kita kekurangan pemain.Kita akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu permainan kita bagi menghadapi perlawanan penting pada 15/02/2013 nanti.

Tuesday, 8 January 2013

Match 254 Vs Sevila Fc

Date : 06/01/2012 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Sevila Fc [ 3 ]

Scorer : Mazlan [ 2 ]

Perlawanan tadi agak seimbang,walaupun kita turun tanpa separuh pemain utama.Namun kita berjaya menunjukkan permainan yang baik.Kita terpaksa akur dengan kekalahan tipis tadi dan akan terus berusaha untuk memperbaiki prestasi kita bagi menghadapi perlawanan Piala Sumbangsih nanti.

Saturday, 5 January 2013

Match 253 Vs Dcoy

04/01/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United  [ 5 ] - Dcoy [ 3 ]

Scorers : Mazlan [ 3 ] & Hafizan [ 2 ]

Permulaan yang baik bagi musim 2013 dengan mencatatkan kemenangan.Ini adalah kali kedua kita bertemu mereka setelah perlawanan pertama tahun lepas kita hanya mampu seri 3-3 dengan mereka.

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013 M

Assalamualaikun & salam sejahtera.Selaku ketua pasukan saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pemain pemain Dragon United,dengan menjelmanya tahun 2013,maka usia pasukan kita akan genap 5 tahun pada 15/02/2013 nanti,bertepatan dengan tarikh itu juga lah perlawanan Piala Sumbangsih kali ke empat akan berlangsung.Di harapkan pasukan kita akan berjaya merangkul kejuaraan buat kali yang ke tiga.Usaha adalah tangga kejayaan.