Dragon United Ft secara rasminya di tubuhkan pada 15/02/2008~ Pasukan ini tidak mengamalkan sistem kutipan kepada semua pemain-pemain sebelum & selepas perlawanan,ini di taja sepenuhnya oleh Ketua Pasukan Dragon United Haji Din~

Sunday, 20 January 2013

Match 255 Vs Reaper fc

Date : 18/01/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 1 ] - Reaper Fc [ 4 ]

Scorer : Haji Din

Perlawanan petang tadi agak seimbang.Kita gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan pintu gol namun kita berjaya juga menunjukkan permainan yang baik walaupun kita kekurangan pemain.Kita akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu permainan kita bagi menghadapi perlawanan penting pada 15/02/2013 nanti.

Tuesday, 8 January 2013

Match 254 Vs Sevila Fc

Date : 06/01/2012 Hari Ahad

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Sevila Fc [ 3 ]

Scorer : Mazlan [ 2 ]

Perlawanan tadi agak seimbang,walaupun kita turun tanpa separuh pemain utama.Namun kita berjaya menunjukkan permainan yang baik.Kita terpaksa akur dengan kekalahan tipis tadi dan akan terus berusaha untuk memperbaiki prestasi kita bagi menghadapi perlawanan Piala Sumbangsih nanti.

Saturday, 5 January 2013

Match 253 Vs Dcoy

04/01/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'B' Ubd

Results : Dragon United  [ 5 ] - Dcoy [ 3 ]

Scorers : Mazlan [ 3 ] & Hafizan [ 2 ]

Permulaan yang baik bagi musim 2013 dengan mencatatkan kemenangan.Ini adalah kali kedua kita bertemu mereka setelah perlawanan pertama tahun lepas kita hanya mampu seri 3-3 dengan mereka.

Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013 M

Assalamualaikun & salam sejahtera.Selaku ketua pasukan saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pemain pemain Dragon United,dengan menjelmanya tahun 2013,maka usia pasukan kita akan genap 5 tahun pada 15/02/2013 nanti,bertepatan dengan tarikh itu juga lah perlawanan Piala Sumbangsih kali ke empat akan berlangsung.Di harapkan pasukan kita akan berjaya merangkul kejuaraan buat kali yang ke tiga.Usaha adalah tangga kejayaan.