Dragon United Ft secara rasminya di tubuhkan pada 15/02/2008~ Pasukan ini tidak mengamalkan sistem kutipan kepada semua pemain-pemain sebelum & selepas perlawanan,ini di taja sepenuhnya oleh Ketua Pasukan Dragon United Haji Din~

Monday, 25 February 2013

Match 260 Vs Kg Bolkiah B

Date : 24/02/2013 Hari Ahad

Venue : Padang B Ubd

Results : Dragon United [ 3 ] - Kg Bolkiah B [ 9 ]

Scorers : Haji Din , Yusri & Elisa

Kita terpaksa akur dengan kekalahan besar kita petang ini,walaupun kita berjaya mengimbangi permainan namun kelemahan kita jelas terserlah di bahagian pertahanan,memandangkan majoriti pemain utama kita tidak bermain tadi.apa pun kita berjaya juga membolosi mereka.

Saturday, 16 February 2013

Match 259 Piala Sumbangsih

Date : 15/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang Kompleks Sukan Berakas

Results : Dws [ 2 ] - Dragon United [ 4 ]

Scorers : Yusri , Sikin & Haji Din [ 2 ]

Tahnian dan Syabas di ucapkan kepada semua Pemain pemain Pasukan Dragon United yang berjaya Menjuarai Piala Sumbangsih kali ke 3 bagi Muim tahun 2012.Kita berjaya bermain dengan begitu baik pada perlawanan malam tadi dan sekaligus kita berjaya memenanginya.Pada mulanya kita bermain berhati hati sehinggakan mereka berjaya membolosi kita di separuh masa yang pertama,namun kita berjaya bangkit untuk menjaringkan 2 goal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.Separuh masa kedua kita berjaya menjaringkan 2 lagi goal yang menjadikan kedudukan muktamad kepada 4-2 walaupun satu ketika mereka berjaya merapkan jurang goal kepada 3-2,namun kita berjaya membolosi gawang mereka di minit minit akhir untuk menewaskan mereka dengan jaringan 4-2.

Ulang Tahun Penubuhan yang ke 5 Tahun 2013

Pada hari ini 15/02/2013 genaplah 5 tahun penubuhan Pasukan Bolasepak Dragon United.Dalam masa tempoh 5 tahun ini,kita berjaya mengharungi beberapa perlawanan persahabatan dan berjaya menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali atas anjuran Jabatan Perkhidmatan Air Tasek Lama dan menjuarai Piala Dragon United.Saya berharap Pasukan kita kan terus berkekalan dan akan bertambah maju jaya lagi di masa yang kan datang.Ikhlas daripada ketua pasukan Dragon United Haji Din.

Saturday, 9 February 2013

Match 258 Vs Non Star Rimba

Date : 08/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Non Star Rimba [ 3 ]

Scorers : Haji Din & Syamim

Kita tidak bernasib baik pada perlawanan petang tadi walaupun kita banyak mencipta peluang namun kita gagal merealisasikan dengan jaringan.Apa pun kita berjaya menunjukkan permainan yang baik tadi walaupun kita tewas tipis.

Tuesday, 5 February 2013

Match 257 Vs HMZ FT

Date : 03/02/2013 Hari Ahad

Venue : Padang ' B' Ubd

Results : Dragon United [ 5 ] - HMZ FT [ 1 ]

Scorers : Sikin [ 2 ] , Syamim , Hafizan & Suhib

Kemenangan yang cukup meyakinkan kita pada perlawanan petang tadi.Kita berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan namun kita gagal untuk menambahkan jaringan di separuh masa yang kedua.Apa pun kita berjaya juga mengutip 3 mata penuh.

Friday, 1 February 2013

Match 256 Vs Sporting Ft

Date : 01/02/2013 Hari Jumaat

Venue : Padang 'A' Ubd

Results : Dragon United [ 2 ] - Sporting Ft [ 4 ]

Scorers : Hafizan & Haji Din

Perlawanan petang ini cukup menarik walaupun kita tewas kepada mereka.ini adalah kali pertama kita bertemu dengan mereka.Kita berjaya memberikan saingan sepenuhnya dari awal permainan hingga ke wisel penamat.